Bjak, platform insurans atas talian tempatan kini dilaporkan sedang pertimbang langkah tawaran awal permulaan (IPO) dalam tempoh 2 tahun mendatang, selari dengan matlamat operasi untuk memasuki pasaran Eropah melibatkan Sepanyol dan Jerman pada 2026.
Pengembangan ini menurut laporan Bloomberg, disusuli akan langkah perluasan operasi pada pasaran Jepun, Taiwan dan Thailand.
Biarpun tidak mendedahkan data terperinci berhubung prestasi kewangan, Bjak menjelaskan operasi telah meraih prestasi keuntungan yang baik dengan memiliki paras hutang yang minima. Melalui pertimbangan IPO ini, ia dijangka akan membantu syarkat membiayai pengembangan operasi ke luar negara dan memberi faedah kepada pekerja menerusi saham.