Selari dengan agenda mengurangkan kes pembuangan sampah, Selangor optimis untuk menguatkuasakan Akta Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam 2007 (Akta 672) pada suku ketiga 2026. Dengan pelaksanaan akta ini ia sekali gus akan menyerahkan kuasa kepada persekutuan dan meluaskan kuasa perundangan ke atas pesalah pembuangan sampah.
Pesalah yang terlibat berpotensi di denda sehingga RM100,000 dan penjara 5 tahun berbanding penalti yang dikenakan peringkat negeri kekal terikat maksimum RM1,000.
Selangor juga turut dalam usaha meneliti cadangan hukuman khidmat masyarakat dan ia akan diselaraskan dengan cadangan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Yang mana jika ia dilaksanakan kelak selain denda, pihak berkuasa juga boleh menetapkan keperluan baju khas bersama warna tertentu ketika pesalah menjalankan khidmat masyarakat yang dipersetujui.
Dengan pendekatan itu, ia tidak sekadar melandaikan kes pembuangan sampah terbuka di Selangor tetapi turut memberi peringatan kepada semua pihak akan kesan disebalik mencemarkan persekitaran awam.