Untuk mengalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mula melabur- pelabur baharu Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) kini boleh melanggan dana Amanah Saham Malaysia 3 (ASM 3) secara terus melalui aplikasi TNG eWallet.
Inisiatif ini adalah sebahagian daripada kerjasama eksklusif TNG Digital bersama ASNB, di mana ia beroperasi sebagai salah satu ejen digital ASNB. Lebih menarik, pelaburan ini boleh dimulakan dengan serendah RM10 sahaja.
Menerusi perluasan akses tersebut, TNG Digital pada pengumuman hari ini menjelaskan- di bawah segmen GOfinance pada aplikasi TNG eWallet ia membolehkan pengguna untuk mendaftar akaun, memantau akaun sedia ada, melanggan dana baharu, melabur pada dana sedia ada dan menetapkan pelaburan berulang secara automatik dengan ciri Auto Labur.
Di bawah inisiatif perluasan langganan ini, ASNB telah memperuntukkan RM118 juta dalam ASM 3. Dana harga tetap ini dijelaskan penawaran unitnya adalah terhad, penawaran tersedia selagimana unit tersebut tersedia. Dan lebih menarik mana-mana pelabur baharu ASNB melanggan minimum RM100 dalam ASM 3 dalam satu transaksi tunggal akan menerima jaminan pulangan tunai RM3, dengan langganan yang layak dihadkan pada RM1,000 bagi setiap pengguna untuk kempen ini. Selamat melabur!