Artikel

Bursa Malaysia Akhiri 2025 Bersama 60 IPO – Penyenaraian Tertinggi Dalam 20 Tahun

Bursa Malaysia menutup tahun ini dengan jumlah penyenaraian tertinggi dalam tempoh 20 tahun – iaitu melibatkan 60 tawaran awam permulaan (IPO).

Perihal ini dicapai setelah penyenaraian syarikat Wasco Greenergy, penyedia tenaga boleh baharu menjadi firma ke-60 laksana IPO pada tahun ini. Rekod itu sekali gus mencapai sasaran kumpulan dan melepasi pencapaian tahun 2024 iaitu 55 IPO.

Sebagai perincian 60 IPO tahun ini memperlihatkan 11 syarikat di Pasaran Utama, 44 syarikat di Pasaran ACE dan 5 syarikat di Pasaran LEAP.

Berlandaskan prestasi itu, Bursa mengikut laporan TheEdge menyimpulkan peningkatan IPO tahun ini telah membantu meningkatkan ekonomi negara dengan mengumpul hasil IPO secara kolektif berjumlah RM5.5 bilion. Dengan komitmen itu Bursa optimis tahun 2026 akan memperlihatkan rekod penyenaraian lebih tinggi, di samping mengutamakan IPO berkapitalisasi lebih besar pada 2026.