Artikel

Malaysia Berpotensi Hasilkan 20 Juta Tan Minyak Sawit Buat Pertama Kali

Tahun ini, Malaysia dijangka berupaya menghasilkan lebih 20 juta tan pengeluaran minyak sawit di pasaran. Pertumbuhan ini secara jelas menunjukkan tahap penuaian di paras yang lebih cekap serta sokongan tenaga kerja yang lebih tinggi membantu sektor ekonomi negara.

Data Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) ini bagaimanapun akan membawa kepada cabaran eksport untuk negara. Ini kerana rekod stok yang lebih tinggi telahpun dicapai sejak November lalu tatkala permintaan eksport melemah.

Situasi ini tidak sekadar didorong akan permintaan eksport yang lemah semata tetapi turut berlaku kesan tindakan Indonesia menurunkan cukai eskport bagi penghantaran sawit kepada $74 per tan berbanding $124 per tan. Menjadikan pilihan tertumpu kepada kos yang lebih rendah berbanding stok sawit Malaysia.

Namun MPOB kekal optimis aliran eksport ini akan kembali baik dengan sasaran lonjakan pada Tahun Baru Cina. Ini disokong berikutan pengimport utama China secara lazimnya akan meningkatkan bekalan untuk penuhi penghasilan produk jualan makanan ringan, manisan dan roti.