Artikel

Aplikasi BIMB Biz Mudahkan Peniaga – Perkenal Ciri ‘Payment To Voice’ Pantau Pembayaran

Dengan prinsip teknologi seharusnya memudahkan peniaga, Bank Islam hari ini secara rasminya memperkenalkan ciri Payment To Voice pada aplikasi BIMB Biz – yang memudahkan peniaga menerima notifikasi pembayaran tanpa perlu peranti sokongan soundbox.

Ini bermakna para peniaga akan menerima makluman pembayaran pengguna secara suara masa nyata bagi setiap transaksi yang berjaya melalui DuitNow QR tanpa sebarang caj di aplikasi mereka.

Lebih menarik, akses ini membolehkan sehingga 5 juruwang menerima pemberitahuan transaksi secara serentak pada peranti sedia ada, menjadikan operasi lebih telus dan teratur. Pada masa sama, pemilik perniagaan akan turut menerima kesemua pemberitahuan urusniaga yang telah disempurnakan.

Bersama ciri tambahan tersebut, Bank Islam menyasarkan pertumbuhan sebanyak 50% dalam jumlah pengguna BIMB Biz dalam tempoh 12 bulan akan datang. Di mana setakat Oktober lalu, BIMB Biz merekodkan kira-kira 15,000 pengguna aktif dengan amaun transksi mencecah RM1.2 bilion.