Creador, firma ekuiti persendirian Malaysia kini dilaporkan telah meraih 7% pegangan pada syarikat farmaseutikal India iaitu La Renon Healthcare daripada kepentingan pelaburnya.
Menerusi kemasukan Creador, ia bukan sahaja mengukuhkan pelaburan kumpulan pada sektor kesihatan antarabangsa tetapi meningkatkan kepentingan firma pada kekuatan segmen penyakit kronik. Antara pelabur lain yang turut terlibat pada perolehan La Renon adalah pegangan utama dimiliki pengasas La Renon iaitu Pankaj Singh, dan Peak XV Partners iaitu anak syarikat modal teroka Amerika Syarikat, Sequoia Capital.
Buat pengetahuan umum, La Renon kini mengendalikan 5 kemudahan pembuatan dan 4 pusat penyelidikan, pembangunan di seluruh India bersama 4,000 kakitangan. Kelebihan itu sekali gus memperlihatkan La Renon tidak bergantung kepada pihak ketiga susulan berupaya menjalankan penyelidikan sendiri. Manfaat ini membolehkan firma menghasilkan produk inovatif bersama keuntungan yang lebih tinggi.
Selain La Renon Healthcare – Creador turut memiliki kepentingan merentasi pelbagai kategori dalam sektor ekonomi seperti Eco-Shop, Tealive, CTOS, Pet World dan pelbagai lagi.