Perdana Menteri Anwar memaklumkan, akan ambil pendekatan berbincang bersama ketua-ketua parti berhubung senarai kabinet negara. Senarai ini mengikut laporan akan sekadar mengisi kekosongan beberapa jawatan menteri tidak melibatkan perubahan mahupun rombakan kabinet.
Perihal ini menurut laporan Bernama, dikongsikan kepada rakan media selepas solat Jumaat di Masjid Cyberjaya 10 hari ini. Pendekatan itu akan dilaksanakan secara rundingan sebelum keputusan muktamad dicapai dan dikemukakan untuk permohonan perkenan Yang di-Pertuan Agong.
Setakat ini terdapat beberapa kekosongan pada Kabinet MADANI – antaranya melibatkan jawatan Menteri Ekonomi, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), dan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).