Kesan ketegangan geopolitik yang membawa kepada perubahan permintaan pengguna – Starbucks Malaysia kini sekadar memiliki 287 cawangan sahaja di pasaran negara.
Tindakan penutupan ini mengikut laporan NST turut didorong akan tekanan kenaikan sewa oleh pemilik bangunan. Selain terdapat rancangan cawangan tertentu untuk berpindah ke premis yang lain.
Malah Berjaya Food Holdings turut dijangka laksana penstrukturan semula pada rangkaian peruncitannya – antaranya menyasarkan pengembangan cawangan pada saiz yang lebih kecil di lokasi terpilih. Biarpun kumpulan akui kekal berdepan tekanan permintaan, berdasarkan pertumbuhan jualan di kedai yang sama (SSSG) telah menunjukkan prestasi positif, dengan Starbucks Malaysia meningkat 7% dan 5% untuk Brunei.
Selain Starbucks, Berjaya Food turut mengendalikan beberapa jenama lain seperti Kenny Rogers Roasters (KRR), Paris Baguette di Malaysia dan Paris Baguette di Filipina. Setakat ini Kenny Rogers miliki 37 cawangan dan Paris Baguette pula 16 cawangan di pasaran Malaysia.