Tenaga Nasional Berhad (TNB) hari ini memperkukuh komitmennya terhadap kesejahteraan negara dengan memberi penekanan kepada usaha pemerkasaan pelanggan, sokongan komuniti dan kelestarian bekalan tenaga untuk jangka panjang. Tumpuan strategik terhadap infrastruktur berteraskan pelanggan menjadi tonggak penting kepada transformasi TNB, mencerminkan komitmen lebih meluas terhadap kecemerlangan perkhidmatan dan kebolehpercayaan operasi.

Hasil pertumbuhan ini jelas kumpulan memperlihatkan pendapatan TNB positif kepada RM3.2 bilion bagi tempoh 9 bulan pertama 2025, disokong dengan keuntungan pertukaran asing sebanyak RM350 juta. Diikuti ringgit terus mengukuh dengan peningkatan RM4.215/USD berbanding RM4.471/USD pada Disember 2024. Dengan pergerakan mata wang ini ia sekaligus memberi kesan positif kepada kedudukan kewangan TNB dan mengukuhkan kestabilan pendapatan bagi tempoh tersebut. Selain pencapaian ini, pertumbuhan TNB turut disokong dengan penambahbaikan pada beberapa segmen Kumpulan.
TNB Bantu Rakyat Kawal Penggunaan Elektrik – Lebih 70,000 Pengguna Telah Berhijrah Kepada ToU
Seperti yang umum ketahui, TNB telah bekerjasama dengan Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) pada pengenalan ciri produk ToU – Skim Masa Penggunaan untuk pengguna domestik Malaysia sebagai usaha utama untuk membantu isi rumah mengurus dan mengoptimumkan bil bulanan elektrik mulai 1 Julai 2025.
Hasil pengenalan itu, lebih 70,000 pengguna didapati telah beralih menggunapakai ToU bagi mengawalkan penggunaan elektrik mereka menjadi lebih efektif. Peningkatan ini sekaligus memberi cerminan bahawa lebih ramai rakyat negara mula peka akan cara mengurus penggunaan tenaga secara berkesan. Selaras dengan peningkatan peralihan itu, TNB terus memperluas dan mempercepatkan pemasangan meter pintar di seluruh negara bagi membolehkan lebih banyak isi rumah memperoleh maklumat penggunaan yang lebih tepat. Setakat ini, sebanyak 5,081,063 meter pintar telah dipasang, menunjukkan tahap penerimaan yang lebih baik telah dicapai.

Sekitar 70% pelanggan TNB kini telah memanfaatkan kemudahan aplikasi myTNB apabila rekod terbaharu menunjukkan jumlah pengguna aplikasi alami peningkatan kepada 7.1 juta.
Tidak hanya perkembangan segmen digital, prestasi TNB turut melonjak pada pengukuhan dalam pembekalan tenaga kepada rangkaian pengecasan kenderaan elektrik (EV). Sehingga September 2025, sejumlah 5,109 titik rangkaian pengecasan EV telah direkodkan dengan jumlah ini membekalkan lebih 10 GWh elektrik dan menjana hasil sekitar RM5.1 juta, mencerminkan pertumbuhan penggunaan serta peningkatan permintaan terhadap infrastruktur EV yang lebih teguh. Dengan kemajuan itu, TNB optimis untuk terus menambahbaik setiap titik sentuhan, merangkumi digital, operasi dan perkhidmatan dengan matlamat tunggal untuk memberikan nilai sebenar dan penjimatan bermakna kepada rakyat Malaysia.
TNB Perkasa Permintaan Tenaga Di Malaysia – Labur RM3.1 Bilion
Bagi memastikan keyakinan pengguna terus diperlihara, TNB kini melaksanakan pelaburan bersasar untuk memacu permintaan tenaga di pasaran Malaysia. Pelaburan ini meliputi tindakan penyelenggaraan, keupayaan tindak balas operasi serta infrastruktur digital. Untuk suku ketiga sahaja, TNB telah melabur sebanyak RM3.1 bilion bagi inisiatif berkaitan kebolehpercayaan grid sebagai sebahagian daripada perbelanjaan terkumpul tahun semasa berjumlah RM8.3 bilion.
Langkah ini dilihat membuahkan hasil dengan penambahbaikan yang dapat diukur, dengan Indeks Tempoh Masa Purata Gangguan Sistem (SAIDI) bertambah baik kepada 46.65 minit berbanding 47.62 minit sebelum ini.


Hasil Pencapaian TNB – Disalurkan Semula Buat Komuniti Malaysia
Dengan pencapaian yang membrangsangkan ini, TNB tidak sekadar memastikan perkhidmatan mereka ditahap terbaik – tetapi dengan perolehan yang positif, segala hasil ini kekal disalurkan semula kepada komuniti dan rakyat Malaysia.
Tindakan ini dapat diperlihatkan pada komitmen CSR dalam pelbagai industri – antaranya sokongan pendidikan dengan jumlah sumbangan RM96 juta, tertumpu kepada pelajar UNITEN, Yayasan Tenaga Nasional (YTN) bagi penghasilan bakat muda di pasaran hadapan. Selain itu, lebih 32,000 penerima asnaf telah meraih manfaat Fisabillah di bawah saluran zakat TNB bernilai RM9.15 juta.
TNB juga turut membantu hampir 100,000 individu di bawah dana sokongan khidmat masyarakat melibatkan jumlah RM3.81 juta. Di mana dana ini turut menyokong inisiatif khidmat masyarakat seperti Better Brighter Shelter dan Projek Mesra Rakyat. Seterusnya sekitar 2,825 penerima telah meraih manfaat dana kesihatan melibatkan sejumlah RM515,000. Sumbangan kesihatan itu jelas TNB antaranya menyokong kos dialisis melalui Yayasan Amal Maaedicare dan Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia. Lebih menarik, segmen sukan turut meraih manfaat sumbangan bernilai RM8.3 juta, dengan 35,138 atlet dan peminat sukan menerima dana sokongan tersebut.
Tidak hanya industri utama, TNB turut meluaskan sokongan dana kepada komuniti melibatkan isu kelestarian. Antaranya menyokong inisiatif pemuliharaan biodiversiti dengan jumlah RM523,565 – iaitu turut serta dalam penanaman terumbu karang dan pemulihan ekosistem di Pulau Perhentian, Pulau Redang dan Pulau Tioman. Malah isu bencana juga turut menarik perhatian TNB dalam meluaskan lagi sumbangan mereka kepada komuniti, dengan penyaluran RM711,250 kepada 4,000 penduduk yang terjejas kesan banjir, ribut dan kebakaran.
Secara menyeluruh TNB optimis untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan mereka secara berkala di pasaran hadapan. Di mana usaha berterusan akan terus dipacu TNB bersama komitmen displin operasi yang lebih ketat, penerapan inovasi berteraskan pelanggan dan pelaburan berterusan dalam infrastruktur negara bagi memperkukuhkan misi syarikat untuk menyumbang semula kepada rakyat, memperkasa komuniti dan membina ketahanan tenaga Malaysia untuk generasi akan datang. Usaha itu akan menjadi penanda aras TNB dalam meraih pertumbuhan yang lebih tinggi tatkala membentuk ekosistem tenaga yang mampan dan inklusif di Malaysia.