Artikel

AirAsia MOVE Kini Menambah Penerbangan Vietjet Air Pada Platform Tempahan Tiket

Dengan kerjasama Galaxy Joy, AirAsia MOVE kini mengumumkan penambahan inventori penerbangan Vietjet Air pada medium tempahan tiket, sekali gus memberikan lebih banyak pilihan tawaran penerbangan pada harga kompetitif kepada pengguna ASEAN.

Bersama integrasi itu, ia tidak sekadar memberi penawaran harga yang lebih baik tetapi turut meningkatkan pengalaman perjalanan pengguna bersama AirAsia. Lebih menarik, kolaborasi ini secara langsung akan mengukuhkan permintaan AirAsia bersama 15 juta pengguna aktif  Vietjet Air.

Selain Vietjet Air, AirAsia MOVE telah laksana kerjasama dengan lebih 70 syarikat penerbangan global merangkumi Royal Brunei Airlines, Air Mayritius, Etihad dan pelbagai lagi. Platform juga turut menawarkan pilihan kira-kira 700 syarikat penerbangan lain melalui pembekal sahnya. Pengguna MOVE juga boleh memilih daripada lebih sejuta hotel di seluruh dunia untuk melengkapkan rancangan perjalanan mereka, termasuk sambungan jarak dekat dan jarak jauh melalui perkhidmatan pengangkutan lapangan terbang, serta produk pelancongan tambahan lain seperti pembelian bebas cukai dalam talian, insurans perjalanan dan banyak lagi.

Untuk ketahui penawaran sedemikian semua pihak boleh memuat turun aplikasi AirAsia MOVE atau layari laman rasmi OTA MOVE bagi tindakan lanjut.