Syarikat jenama barangan sukan China – Anta Sports, kini menjadi antara firma yang sedang meneroka potensi untuk memiliki kepentingan besar pada firma jenama barangan sukan Jerman iaitu Puma di pasaran global.
Laporan Bloomberg ini mendedahkan, Anta telah laksana penilaian bersama penasihat kewangan berhubung penawaran pemilikan Puma tersebut. Kedudukan ini dikaitkan dengan pertimbangan pemegang saham terbesar Puma iaitu Artemis yang dimaklumkan sebelum ini sedang pertimbang untuk jualan 29% kepentingannya.
Buat pengetahuan umum selaku syarikat induk, di bawah Anta Sports terdapatnya penawaran jenama utama iaitu ANTA dan ANTA Kids yang memperlihatkan pelbagai penawaran produk fesyen sukan merentasi semua kategori pengguna di pasaran global. Selain itu, Anta Sports turut menguasai beberapa jenama lain seperti Amer Sports dengan jenama Arc’teryx, salomon dan Wilson. Serta menguruskan jenama FILA di sebilangan pasaran dan memiliki jenama Jerman, Jack Wolfskin.
Secara menyeluruh, berbalik kepada laporan peralihan – tindakan ini masih tidak mendapat sebarang maklum-balas daripada pihak terlibat, didapati selain Anta – jenama Li Ning dan ASICS turut dilaporkan miliki sedang meninjau potensi peralihan tersebut.