Artikel

Bank Negara Seru Pemain Kewangan Perkasa Bahasa Melayu – Mahu Komunikasi Kekal Jelas, Berkesan

Untuk diiktiraf selaku negara maju, ia tidak hanya tertumpu kepada pencapaian tetapi turut dilihat pada prinsip negara dalam berpegang teguh kepada identiti iaitu bahasa dan budaya tanpa dikikis oleh arus pemodenan. Dengan kenyataan ini Bank Negara Malaysia (BNM) menyeru semua pemain kewangan untuk mengandakan usaha pada penglibatan aktiviti dan penggunaan bahasa Melayu bersama pelanggan. 

Perihal ini dizahirkan pada acara Pertandingan Pidato Piala Gabenor bersama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang dilaksankan minggu ini. Jelas Gabenor BNM, Dato’ Sri Abdul Rasheed Ghaffour – usaha itu akan membantu menjadikan sesi interaksi bersama pelanggan lebih jelas dan cekap. Dan paling penting ia sekali gus menutup halangan komunikasi antara sektor kewangan dan pengguna.

Buat pengetahuan umum BNM sejak dari dahulu telah mengekalkan usaha pemerkasaan bahasa Melayu pada sektor kewangan. Antaranya sekal 2016, Sistem Penarafan Bintang telah dilaksanakan dengan mengaudit bahasa ke atas institusi kewangan, dengan melihat penambahbaikan mutu penggunaan bahasa setiap pemain.

Bersama pemahaman yang lebih jelas, usaha ini turut akan membantu rakyat laksana penilaian produk dengan lebih yakin tanpa sebarang kekeliruan. Selain menyeru pemerkasaan penggunaan bahasa kebangsaan dalam urusan harian, BNM turut menyeru pemain kewangan juga menggandakan usaha dalam menganjurkan aktiviti berkaitan bahasa di pasaran hadapan kelak. Langkah ini secara langsung menggalakkan lagi penggunaan bahasa Melayu di sektor kewangan semasa.