Selari dengan matlamat kerajaan untuk menambahbaik tahap keselamatan data identiti rakyat Malaysia, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kelak akan melancarkan kad pengenalan generasi baharu – yang akan mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2026.
Penampilan kad pengenalan baharu ini mengikut makluman Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada sidang Parlimen hari ini – akan melibatkan beberapa kategori iaitu MyKad, MyTentera dan MyPoCA (iaitu individu di bawah pengawasan perundangan). Lebih menarik, kad pengenalan baharu ini turut akan menyertakan kod QR bagi membolehkan pengesahan secara digital dapat dilaksanakan rakyat negara.
Dengan penambahan ciri tersebut, ia tidak sekadar membantu meningkatkan tahap keselamatan data rakyat tetapi turut membantu membendung pemalsuan data di pasaran semasa.