Sekiranya tahun 2025, menyediakan peruntukan sekitar RM15.8 bilion – Sarawak pada sidang belanjawan negeri kali ini mengumumkan peruntukan yang lebih rendah untuk tahun 2026, iaitu berjumlah RM12.9 bilion.
Penurunan peruntukan 18.35% ini dilihat memadai berikutan perbelanjaan yang tinggi telah disediakan pada tahun 2025 pada pembangunan negeri.
Sebagai perincian untuk peruntukan 2026, sejumlah RM7.3 bilion diagihkan bagi perbelanjaan pembangunan – yang mana 66% akan tertumpu kepada inisiatif luar bandar merangkumi jalan raya, utiliti dan projek sosioekonomi. Sementara RM5.6 bilion pula untuk perbelanjaan mengurus – yang akan menampung komitmen negeri dalam melunaskan emolumen kakitangan (RM1.4 bilion), bekalan dan perkhidmatan (RM2.2 bilion), geran dan bayaran tetap (RM1.8 bilion), preolehan aset (RM99 juta) dan keperluan operasi (RM150 juta).
Berdasarkan peruntukan itu kerajaan negeri dilihat dalam usaha mengutamakan displin fiskal dan optimis hasil negeri kekal meraih kutipan yang membrangsangkan. Berdasarkan pengumuman itu, Sarawak menjangkakan hasil negeri mencapai sekitar RM13.05 bilion di dengan rekod lebihan sekitar RM144 juta.