Untuk memastikan kumpulan pengguna miliki tempoh masa pembelian tiket yang lebih awal dalam merancang perjalanan ketika percutian pada tahun hadapan – kini dimaklumkan tiket tren elektrik ETS dan KTM Intercity bagi tempoh 1 Januari sehingga 30 April 2026, mula dibuka pada hari ini 17 November 2025 pada jam 10 pagi.

Makluman Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) ini bertujuan memastikan pembelian tiket percutian tahun hadapan lebih lancar untuk pengguna bersedia membeli tiket sempena cuti awam, cuti umum, persekolahan dan musim perayaan.
Difahamkan kedua perkhidmatan ini akan menggunakan jadual waktu baharu. Oleh itu, untuk semakan jadual perjalanan para pengguna disarankan untuk memuat turun aplikasi KTMB Mobile bagi tindakan lanjut serta layari laman rasmi KTMB untuk semakan tiket perjalanan.