Suku ketiga 2025 memperlihatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia terus mengukuh, dengan meraih perkembangan 5.2% hasil lonjakan permintaan dalam negeri dan aliran eksport yang lebih tinggi di pasaran semasa.
Selain meraih perkembangan yang positif pada pasaran pekerjaan dengan kadar pengangguran yang kekal di takuk 3.0% disusuli aliran inflasi stabil pada paras 1.3%. Bank Negara Malaysia (BNM) pada notis rasmi pencapaian hari ini mendapati prestasi nilai mata wang Ringgit turut memperlihatkan pengukuhan apabila berkembang 5.3% sejak awal tahun sehingga 12 November – berbanding mata wang rakan dagangan utama Malaysia yang lain. Tidak hanya itu, prestasi Ringgit turut memaparkan lonjakan 8.2% berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada tempoh yang sama.
Prestasi ini mempelrihatkan Ringgit lebih stabil berbanding dolar AS dengan penambahan nilai sebanyak 0.05% – didorong faktor luaran dan dalam negeri. Di mana langkah Perbendaharaan AS melonggarkan dasar monetari pada September lalu telah menyokong nilai Ringgit pada suku ini. Malah perjanjian timbah balas antara Malaysia-AS turut membantu meredakan ketidakpastian pasaran berhubung isu berkaitan tarif. Langkah itu dilihat membantu menambahbaik sentimen pasaran dan ia sekaligus menyokong perkembangan Ringgit pada suku ketiga 2025.