Artikel

GrabCoins Ganti GrabRewards – Kini Lebih Banyak Penjimatan Menanti Pengguna

Grab Malaysia kini tampil dengan nafas baharu apabila secara rasminya menjenamakan GrabRewards kepada GrabCoins! Dengan revolusi ini, ia bermakna lebih banyak cara untuk para pengguna Grab menikmati peluang memproleh GrabCoins dan lebih banyak kaedah untuk berjimat dengan setiap penggunaan khidmat di aplikasi Grab. Maka untuk ketahui apa lagi penjimatan yang boleh diraih pengguna bersama GrabCoins, mari Rnggt jelaskan~

Fahami Nilai GrabCoins Dan Kemudahan Penebusan

Perkara pertama yang perlu pengguna tahu ialah semua GrabRewards yang sedia ada akan ditukar kepada GrabCoins. Kadar penukarannya adalah sangat mudah, iaitu 1 GrabRewards = 1 GrabCoins. Ini bermakna semua GrabRewards yang telah anda kumpul kekal ada, kini dalam bentuk GrabCoins. Di Malaysia, nilai anggaran GrabCoins adalah mewakili 15 GrabCoins ≈ RM0.10 (atau RM1 bersamaan 150 GrabCoins). Info ini penting untuk pengguna fahami sebelum ketahui cara untuk melipatgandakan perolehan GrabCoins mereka!

Melalui perubahan ini, Grab turut memaklumkan terdapat kelebihan baharu yang disertakan – di mana pengguna boleh menebus GrabCoins secara serta-merta semasa proses pembayaran melibatkan pembelian tempahan makanan, minuman, atau barangan runcit di GrabFood dan GrabMart. Kemudahan ini turut membolehkan pengguna menyemak jumlah yang telah pengguna jimatkan daripada bil.

Rnggt melihat akses ini tidak sekadar memudahkan pengguna tetapi turut menggalakkan pengguna memanfaatkan GrabCoins mereka secara aktif, menjadikan proses menabung dan berbelanja lebih baik melalui penggunaan GrabCoins.

GrabCoins – Boleh Ditambah Bersama Rakan Kongsi Grab

Dengan pembaharuan ini, ia bermakna cara memprolehi GrabCoins dan penjimatan juga turut baharu! Selain meraih melalui transaksi biasa yang sering dikumpul pengguna pada aplikasi Grab, pengguna juga boleh tingkatkannya dengan fokus pada perkhidmatan terpilih.

Pertama, manfaatkan segmen makanan dan minuman dengan memesan produk di bawah Grab Signatures. Melalui langkah ini, pengguna tidak sekadar raih GrabCoins sepertimana pesanan secara umum yang terpapar pada aplikasi tetapi boleh mendapat 5% tambahan pada GrabCoins. Selain Grab Signatures, pengguna juga boleh mengatur langkah perbelanjaan yang lebih strategik dengan mengfokuskan kepada waktu puncak seperti pesanan pada tempoh Sarapan dan Minum Petang. Langkah ini turut membantu pengguna meraih 5% GrabCoins.

Selain manfaat itu, pengguna juga boleh mengumpul GrabCoins melalui aktiviti membeli-belah dan pembayaran. Antaranya dengan membeli-belah di GrabMart bersama kategori jualan terpilih dan langkah ini akan membantu pengguna meraih pulangan 5% dalam bentuk GrabCoins. Malah pengguna juga boleh memperoleh 200 GrabCoins dengan memilih cara membeli-belah bersama PayLater by Grab. Dan siapa kata ia hanya tertumpu pada aplikasi Grab semata? Sebenarnya dengan tempahan pada aplikasi rakan kongsi juga, pengguna Grab turut boleh mendapatkan pulangan sebanyak 1.5% dalam GrabCoins! Tidak hanya itu, pengguna juga boleh meraih 1x GrabCoins bersama pembelian di Jaya Grocer apabila pengguna membayar menerusi Kad GXbank atau dompet digital GrabPay.

GrabCoins Jadikan Pengalaman Berbelanja Pengguna Lebih Berbaloi

Salah satu kelebihan utama sistem GrabCoins yang baharu ini ialah ia membolehkan pengguna mengalami pengalaman berbelanja yang memuaskan. Tidak seperti program lain yang memerlukan pengumpulan mata yang banyak dalam tempoh masa yang panjang, dengan GrabCoins, pengguna berpotensi untuk memperoleh GrabCoins yang mencukupi untuk mendapatkan diskaun pada tempahan seterusnya hanya dengan satu tempahan sahaja. Keupayaan untuk melihat GrabCoins digunakan dalam bil seterusnya menjadikan pengalaman menggunakan Grab lebih memuaskan dan berbaloi.

Akses ini dilihat akan menjadi insentif kuat untuk pengguna terus menggunakan perkhidmatan Grab. Ini kerana setelah pengguna tahu bahawa setiap perbelanjaan atau tempahan membawa penjimatan yang boleh digunakan serta-merta, ia mendorong kepada kekerapan penggunaan GrabFood, GrabMart, atau GrabRides. Ini mewujudkan kitaran yang positif, di mana setiap urus niaga menyumbang kepada penjimatan segera untuk urus niaga yang akan datang, menjamin nilai yang berterusan kepada pengguna setia Grab Malaysia.


Secara menyeluruh, perubahan program GrabRewards kepada GrabCoins ini bukan sahaja menyesuaikan sistem mengikut tingkah laku dan permintaan pengguna, malah bermatlamat menjadikan setiap penggunaan aplikasi ke arah penjimatan yang lebih besar.

Baca: Tips Rasmi GrabCoins – Lebih Banyak Cara Menikmati Penjimatan Bersama Grab

Penafian: Advertorial dari Grab