Khazanah Nasional melalui anak syarikat Destination Resorts and Hotels (DRH) kini memaklumkan telahpun melaksanakan lebih RM4 bilion pelaburan ke aras pembangunan Desaru Coast dan LEGOLAND Malaysia Resort.
Jumlah pelaburan yang dikongsikan Kementerian Kewangan (MOF) ini menjelaskan pelaburan itu sememangnya berdepan ketidakpastikan prestasi. Ini susulan krisis COVID-19 yang telah menjejaskan entiti di bawah kedua pelaburan tersebut pada tahun 2020 dan 2021.
Namun pembukaan semula sempadan antara wilayah dan negara pada tahun 2022 dilihat telah meningkatkan semula prestasi kewangan pelaburan yang dilaksanakan. Dan setakat April 2025, Desaru Coast telah perlihatkan peningkatan pelaburan dengan mencapai kerjasama strategik bersama One15 Marina iaitu pengendali kapal layar global. Tidak hanya itu, pada Jun 2025 kerjasama strategik turut dicapai bersama Mandarin Oriental untuk meningkatkan kualiti Desaru Coast selaku destinasi kesihatan.
Buat pengetahuan umum, jumlah pelaburan ini turut meliputi pembangunan infrastruktur melibatkan hotel bertaraf antarabangsa antaranya The Westin Desaru Coast Resort, Hard Rock Hotel Desaru Coast, Anantara Desaru Coast & Villas dan The Sireya Desaru Coast.