Artikel

Taobao Malaysia Kini Perkasa Arena Pencipta Kandungan Tempatan – Bersama Foodie Media, W Talent

Kekal antara pasaran utama Asia Tenggara – Taobao, penyedia e-dagang antarabangsa milik Alibaba Group kini dilihat mengukuhkan kehadiran jenama di Malaysia dengan memacu arena pencipta kandungan tempatan. Terbaharu, usaha ini telah diperluas bersama kesepakatan strategik dengan Foodie Media dan W Talent untuk memperkasakan kemahiran pencipta kandungan di Malaysia merentasi pasaran global. 

Kerjasama ini akan memperlihatkan lebih 200 pencipta kandungan akan direkrut untuk menghasilkan kandungan yang menarik di samping melaksanakan sesi penstriman yang interaktif bagi meningkatkan pengalaman pembelian kalangan pengguna tempatan. Ia juga mewujudkan laluan yang kukuh untuk meluaskan kesedaran dan penyertaan dalam Program Afiliat Taobao, membolehkan lebih ramai pencipta kandungan, pempengaruh mikro membuka potensi pendapatan baharu melalui model afiliat untuk produk Taobao.

Dengan memanfaatkan rakan kerjasama yang berorientasikan komersial, Foodie Media dan W Talent akan bekerjasama rapat dengan Taobao Malaysia untuk melengkapkan peserta bersama panduan kandungan dan permintaan pasaran.

Secara menyeluruh langkah ini diambil Tabao seiring dengan jangkaan bahawa industri perdagangan digital tempatan akan terus berkembang pesat, didorong oleh peningkatan trend ‘creator-commerce’ di mana kandungan sosial dan penstriman langsung mempengaruhi keputusan pembelian.