Kerajaan negeri Kedah kini memaklumkan penurunan kadar premium tanah menjadi antara 10% sehingga 30% kepada penduduk negeri. Tindakan ini dicapai bagi mengurangkan bebanan kos yang didepani penduduk semasa melibatkan lot kediaman dan pertanian.
Keputusan yang dikongsikan pada sidang DUN hari ini dicapai setelah meraih keputusan penilaian yan dijalankan oleh Pentadbiran Tanah Negeri Kedah pada September 2024. Pengurangan kadar ini dijelaskan meliputi beberapa kategori.
Di mana kategori pertanian – pengurangan kadar premium tanah akan melibatkan sekitar 10% hingga 30% tertakluk kepada kelas pendapatan isi rumah. Sementara kategori bangunan atau kediaman pula akan melibatkan kadar sekitar 10% hingga 20%.
Sementara bagi kategori perniagaan dan bangunan lain pula – kadar premium dijelaskan kekal 100% daripada nilaian tanah.