Artikel

Jumlah Penganggur Di Malaysia Terus Menurun – Kepada 518,600 Individu

Bersama prestasi pasaran pekerjaan yang semakin berkembang, Malaysia kini memperlihatkan penurunan jumlah penganggur di pasaran semasa iaitu kepada 518,600 individu untuk rekod September 2025. Kemajuan itu sekaligus melaraskan kadar pengangguran di Malaysia kekal 3.0%.

Data laporan tenaga buruh Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) ini menjelaskan prestasi itu memaparkan pertambahan jumlah penduduk bekerja di pasaran negara dengan kini seramai 17.54 juta individu bekerja. Di mana status pekerja kekal jadi segmen terbesar di pasaran Malaysia mewakili 12.74 juta individu, penduduk bekerja sendiri (3.24 juta individu), pekerja keluarga tanpa gaji (464,700 individu), majikan (579,500 individu) dan penduduk yang tidak bekerja sementara waktu (82,900 individu).

Dengan rekod itu, Wilayah Persekutuan Putrajaya menjadi negeri yang miliki kadar pengangguran terendah iaitu 1.4% untuk suku ketiga 2025, diikuti Pahang (1.7%) dan Selangor (1.8%). Melalui prestasi ini, DOSM mendapati pasaran buruh Malaysia menunjukkan prestasi terbaik dalam tempoh lebih 10 tahun dan dijangka tahun 2026 kemajuan yang lebih baik dapat dicapai sektor ekonomi negara hasil peningkatan pelaburan dan pembangunan sosial.