Selaras dengan berakhirnya tempoh pengecualian duti eksais pada 31 Disember 2025 bagi Kenderaan Pemasangan Tempatan (CKD) di Malaysia – kerajaan kini memaklumkan sedang mengenalpasti langkah mitigasi terbaik untuk mengurangkan kesan kenaikan harga kenderaan pemasangan tempatan di pasaran semasa.
Untuk makluman umum, harga kenderaan CKD berpotensi naik sehingga 30% pada tahun 2026 selaras dengan penerapan peraturan cukai eksais P.U (A) 402/2019 yang akan dilaksanakan pada Januari 2026. Dengan dengan penamatan pengecualian duti eksais pada Disember ini maka situasi itu akan mengubah cara kiraan Nilai Pasaran Terbuka (OMV) di pasaran Malaysia.
Sekiranya sebelum ini duti eksais sekadar mengambil kira kos pembuatan kenderaan, di bawah peraturan baharu ia akan diperluaskan kepada kos bukan pembuatan seperti kos jualan, pemasaran, pentadbiran dan margin keuntungan pengeluar.
Jelas Kementerian Kewangan pada notis penyata Parlimen, pihak pentadbiran akan melaksanakan kelonggaran kepada pemain automotif yang terlibat dengan memberi pengecualian kos. Tidak hanya itu jaminan untuk pastikan kenaikan harga kenderaan tidak berlaku secara mendadak turut menjadi tumpuan utama pihak berkuasa.