Artikel

FLYsiswa Akan Diteliti – Kerajaan Teroka Perluas Baucar Tiket Penerbangan Kepada Pelajar IPTS

Setelah bertindak menaikkan jumlah subsidi FLYSiswa iaitu tiket penerbangan kepada RM400 buat pelajar institusi pengajian awam (IPTA) – kerajaan kini dalam pertimbangan untuk perluaskan kemudahan FLYsiswa kepada pelajar institusi pengajian swasta (IPTS) di Malaysia. 

Namun Kementerian Pengangkutan (MOT) pada sidang Parlimen hari ini menjelaskan tindakan itu perlu disemak sebaik mungkin susulan menuntut keperluan kos yang lebih besar. Ini kerana jika perluasan dilaksanakan kepada 100,000 pelajar maka dengan kos subsidi RM400 seorang – angka itu telah membawa kepada RM40 juta.

Biarpun akui memiliki cabaran tersebut, tindakan perluasan inisiatif FLYSiswa ini wajar dipertimbangkan berikutan terdapat pelajar IPTS kekal memerlukan sokongan kewangan tersebut. Setakat ini inisiatif FLYsiswa telah memanfaatkan seramai 60,000 pelajar di peringkat ijazah dan IPTA serta politeknik, kolej komuniti, perguruan di bawah KPM. Perolehan harga tiket yang lebih berpatutan ini untuk makluman melibatkan kerjasama dengan syarikat penerbanfan tempatan seperti Malaysia Airlines, FireFly, AirAsia, dan Batik Air.