Artikel

Had BUDI95 Pemandu Seru-Pandu Kini Naik Kepada 800 Liter Sebulan

Sepertimana yang diumumkan semalam, kerajaan kini bersetuju naikkan had kelayakan BUDI95 kepada 800 seliter sebulan buat kumpulan pemandu seri-pandu sepenuh masa di pasaran Malaysia.

Makluman yang dikongsikan Perdana Menteri Anwar Ibrahim pada sidang Parlimen hari ini telah mengambilkira rayuan daripada pemandu dan data penggunaan yang dikemukakan oleh kumpulan penyedia perkhidmatan.

Selain makluman itu, kerajaan juga bersetuju teksi lapangan terbang turut disenaraikan sebagai kenderaan layak terima petrol RON95 bersubsidi. Dengan perluasan akses ini ia sekaligus akan mengukuhkan lagi perkhidmatan awam di Malaysia secara berkala.