Artikel

KWSP: Sekitar 158,000 Suami Kini Sertai i-Sayang – Pindah 2% Caruman Kepada Isteri

Ternyata sekitar 158,000 golongan pekerja berstatus suami kini telah menyertai skim i-Sayang, yang diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sejak Mac 2023.

Penglibatan ini sekaligus membenarkan pindahan 2% caruman KWSP kepada kumpulan isteri mereka.

Berdasarkan notis MOF pada Parlimen ini, penyertaan itu me rekod kan jumlah caruman skim sebanyak RM309.4 juta setakat Ogos 2025. Dengan perluasan penyertaan itu, ia sekaligus tidak hanya meningkatkan kesejahteraan dana persaraan golongan isteri tetapi turut memberi kesedaran kepada kumpulan pekerja akan kepentingan dana hari tua khususnya tatkala negara ke arah status masyarkat menua.

Selain perkembangan itu, kini lebih ramai pekerja di Malaysia memiliki akaun KWSP. Ia berikutan seramai 1.12 juta ahli KWSP telah membuat caruman secara sukarela bersama KWSP, tindakan ini membawa kepada nilai caruman mencapai RM14.13 bilion.