Tinjauan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) hari ini mendedahkan upah penengah bulanan di pasaran pekerjaan Malaysia terus memaparkan peningkatan sebanyak 4.3% kepada RM2,864 sebulan pada Jun 2025. Berlandaskan peningkatan gaji bulanan secara berkala ini, didapati 10% rakyat Malaysia memiliki gaji lebih RM9,200 sebulan pada tempoh tersebut.
Kenyataan ini secara jelas menunjukkan jurang upah antara kumpulan pekerja formal berpendapatan tinggi dan rendah terus meluas. Di mana angka ini menjelaskan pekerja pada persentil ke-90 menerima 5 kali ganda updah daripada kumpulan upah terendah.

Kedudukan ini mengikut laporan DOSM, didorong antaranya faktor stagnasi upah pekerja kurang mahir – di mana pekerja di pesentil ke-10 kebanyakkannya kalangan pekerjaan yang berkonsep secara rutin dan kurang mahir. Maka kumpulan ini berdepan saingan yang tinggi dan hak rundingan yang lebih kecil. Tambahan saingan itu turut berlaku antara kumpulan pekerja asing. Perihal ini secara langsung menyukarkan lagi usaha mereka untuk meningkatkan kadar gaji dalam pasaran semasa. Malah, kumpulan ini turut berdepan risiko automasi – yang sekaligus menidakkan hak mereka untuk memastikan paras gaji selari dengan kos sara hidup dan peningkatan produktiviti semasa.
Lebih membimbangkan biarpun peratusan ini telah perlihat penurunan secara berkala – namun ketika ini masih terdapat 10.4% pekerja formal rakyat Malaysia direkodkan menerima upah bulanan bawah RM1,700. Ini bermakna tidak lepasi paras gaji minimum yang ditetapkan kerajaan Malaysia. Situasi ini sewajarnya ditambahbaik oleh semua sektor ekonomi, ia kerana kegagalan mengikuti paras gaji minimum yang ditetapkan sekaligus akan mengehadkan kuasa beli pengguna dan menganggu pertumbuhan pasaran semasa.
Secara menyeluruh, setakat ini semua sektor memperlihatkan kadar penengah upah bulanan meningkatkan untuk suku kedua 2025 diikuti taburan penengah upah di semua negeri turut memaparkan pertumbuhan yang positif – dengan 3 lepasi penengah upah bulanan nasional iaitu KL (RM4,064), Selangor (RM3,145) dan Pulau Pinang (RM2,927).

Apa itu Pekerja Formal? Ia merujuk kepada sekumpulan pekerja yang terlibat dalam arena pekerjaan yang berstruktur, didokumentasi, serta dilindungi oleh kuasa perundangan dan skim keselamatan sosial negara.