Malaysia kini memeterai perjanjian penting dengan Amerika Syarikat (AS) yang akan memberikan kelebihan besar kepada eksport negara. Melalui perjanjian ini, sebanyak 1,711 produk Malaysia akan menerima pengecualian tarif import pada kadar purata 19% dan peraturan baharu ini dimaklumkan akan berkuat kuasa dalam tempoh 60 hari kelak.
Antara barangan yang mendapat manfaat daripada pengecualian tarif ini termasuklah barangan elektrik dan elektronik (E&E), peralatan perindustrian, komponen alat ganti pesawat, dan komoditi serta produk pertanian terpilih. Untuk makluman umum, pengecualian ini melibatkan nilai $5.2 bilion.
Secara ringkasnya, perjanjian tarif timbal balas ini bukan sahaja mengurangkan kos eksport untuk perniagaan Malaysia, malah memberikan kepastian dan kelebihan daya saing dalam pasaran AS. Dengan rundingan ini ia sekaligus mengukuhkan lagi hubungan perdagangan antara kedua-dua negara, dan berupaya merancakkan lagi pertumbuhan sektor eksport Malaysia di pasaran hadapan.