Artikel

Pasaran Kurier Malaysia Dijangka Capai RM6.9 Bilion Tahun Ini

Pasaran kurier Malaysia dilihat berupaya meningkat dengan mencapai nilai sehingga RM6.9 bilion pada tahun ini, secara menyeluruh. Pertumbuhan ini antaranya didorong hasil lonjakan permintaan pada sektor e-dagang semasa.

Prestasi ini menurut laporan bersama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) ketika perasmian fasiliti SPX Express (SPX) Sorting Centre di Bukit Raja SelatanĀ  – telah memaparkan kenaikan secara berkala sejak 3 tahun kebelakangan ini memperlihatkan kenaikan jumlah bungkusan. Maka selain pengukuhan ekosistem e-dagang pada platform dan dasar perundangan – Malaysia juga perlu perkukuhkan pembukaan hab penghantaran serta infrastruktur kelajuan internet 5G bersama pengguna.

Kebersamaan tidak sekadar mengalakkan permintaan jualan tetapi turut membuka peluang pekerjaan pada sektor ekonomi Malaysia. Antaranya dengan pembukaan fasiliti BRS SPX ini ia sekaligus telah membuka lebih 1,000 peluang pekerjaan kepada pasaran meliputi bidang kejuruteraan, digital dan AI.