Luckin Coffee Malaysia kini secara rasminya mengumumkan perolehan Pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk cawangan mereka di Sunway Velocity 2 dan AEON Maluri.

Status Halal di Malaysia adalah penanda aras utama, bukan sekadar tentang bahan, tetapi turut mengiktiraf kualiti, kebersihan, dan proses penghasilan produk yang mengikut piawaian tertinggi. Dengan pencapaian ini, ia menunjukkan komitmen teguh untuk menyajikan minuman berkualiti premium kepada seluruh rakyat Malaysia.
Melihat kepada penerimaan yang memberangsangkan, Luckin Coffee telah mencapai perkembangan pesat cawangan kini telah beroperasi di Lembah Klang, Putrajaya, dan Bentong. Dengan prestasi konsisten tersebut, jenama optimis untuk memiliki 200 cawangan di Malaysia menjelang tahun 2028, memperluaskan lagi akses kepada kopi berkualiti dan berdaya saing kepada pengguna tempatan.
Sejajar dengan kejayaan ini, Luckin Coffee kini menawarkan promosi istimewa RM3.99 untuk SEMUA minuman pada 30 hingga 31 Oktober 2025. Di mana pengguna boleh manfaatkan tawaran ini di semua cawangan Luckin Coffee di Lembah Klang, kecuali cawangan di Highlands Hotel, Genting.