Bagi mengukuhkan hubungan diplomatik bersama China, Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump kini memaklumkan selain Malaysia, pihaknya turut akan mengadakan lawatan ke Jepun dan Korea Selatan dalam masa terdekat.
Hasrat ini menurut laporan Agensi Berita Kyodo, bagi meleraikan ketegangan perdagangan antara AS dan China. Menerusi lawatan ini, Trump dijangka akan laksana pertemuan bersama Presiden Xi Jinping pada persidangan ASEAN di Malaysia namun laporan turut menjelaskan pertemuan tersebut turut akan berlaku pada sidang APEC Korea Selatan pada akhir Oktober ini.
Selain matlamat itu, pentadbiran AS tidak menghuraikan akan butiran lawatan tersebut. Setakat ini Trump dijangka hadiri sidang ASEAN di Malaysia yang bermula 26 Oktober kelak, setelah itu akan ke Jepun dan meneruskan perjalanan ke Korea Selatan.
Buat pengetahuan umum, lawatan Asia ini merupakan tindakan yang pertama dilaksanakan Trump setelah memulakan peranan penggal kedua selaku presiden pada Januari 2025.