Payments Network Malaysia (PayNet) kini mengukuhkan lagi peranannya pada pasaran kewangan dengan laksana kerjasama bersama 5 rangkaian pembayaran nasional dari negara ASEAN yang lain. Kebersamaan ini membawa kepada penubuhan badan piawaian global di bawah perjanjian George Town Accord.
Persetujuan bersama itu sekaligus akan membantu 6 rangkaian pembayaran ASEAN ini menyeragamkan tindakan pembayaran secara rentas sempadan bersama lebih 538 juta pengguna di rantau ASEAN.
Kerjasama George Town Accord ini untuk makluman adalah titik permulaan kepada projek Next50 Common Standards iaitu satu inisiatif yang merangka hala tuju inovasi pembayaran bagi 50 tahun mendatang. Projek Next50 ini akan beri tumpuan kepada usaha menyeragamkan transaksi rentas sempadan yang merangkumi kod QR, pemindahan akaun ke akaun, dompet digital dan kaedah pembayaran digital mudah alih lain yang menggunakan Near Field Communication (NFC), biometrik, serta ejen kecerdasan buatan (AI). Ini antara 5 rangkaian pembayaran ASEAN yang terlibat:
- Network for Electronic Transfers (NETS) – Singapura
- National Payment Corporation of Vietnam (NAPAS) – Vietnam
- BancNet, Incorporated – Filipina
- PT ARTAJASA Pembayaran Elektronis (Artajasa) – Indonesia
- PT RINTIS Sejahtera (RINTIS) – Indonesia