Artikel

Mulai 16 Oktober – Ini 9 Barangan Ditetapkan Skim Harga Maksimum Sempena Deepavali 2025

Bersempena sambutan Deepavali 2025 tidak lama lagi, kerajaan kini mengumumkan mulai 16 Oktober sehingga 22 Oktober 2025 terdapat 9 barangan di pasaran akan ditetapkan di bawah Skim Harga Maksimum untuk musim perayaan (SHMMP). 

Dengan penawaran harga barangan di bawah skim ini – para pengguna akan meraih harga yang lebih berpatutan iaitu sebelum, semasa dan dua hari selepas perayaan selaras dengan jaminan Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Menerusi skim ini, dijangka lebih ramai pengguna negara akan meraih manfaat penjimatan dalam membantu merancang perbelanjaan dan dapat menikmati kadar yang lebih berpatutan di pasaran semasa. Bagi memudahkan semua pihak, ini 9 barangan yang terlibat:

  • Daging Kambing Biri-Biri Bertulang Import
  • Tomato
  • Cili Merah
  • Kelapa Biji
  • Kelapa Parut
  • Bawang Merah Kecil (India)
  • Bawang Merah Kecil Ros (India)
  • Bawang Merah Besar Import
  • Kacang Dal (Australia)