Artikel

Belanjawan 2026: Penjawat Awam Terima Bantuan Khas Kewangan RM500, Veteran RM250 – Sempena Aidilfitri

Selain pelarasan kadar gaji pada 2026 dan pengagihan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) serta SARA – kerajaan kini sukacita memaklumkan memberi Bantuan Khas Kewangan kepada penjawat awam negara. Di mana semua penjawat awam gred 56 ke bawah, termasuklah lantikan kontrak akan meraih RM500 sementara kumpulan veteran pula RM250.

Bantuan ini akan disalurkan lebih awal bersempena persediaan sambutan Aidilfitri – iaitu disalurkan pada awal Mac 2026.

Tidak hanya itu, kerajaan juga bersetuju untuk menyalurkan sumbangan khas RM500 kepada 70,000 guru KAFA, guru takmir, imam, bilal, tok siak, noja dan marbut. Langkah ini akan melibatkan jumlah peruntukan sekitar RM35 juta.