Artikel

Belanjawan 2026: Duti Arak, Rokok Naik Mulai 1 November Ini

Seperti yang dijangka oleh semua pihak, kerajaan kini telah bersetuju untuk menaikkan duti eksais ke atas produk rokok dan minuman beralkohol.

Tindakan itu akan perlihat duti eksais produk rokok naik 2 sen per batang, diikuti cigars, cheroot dan cigarillos naik RM40 per kilogram. Serta produk heated tobacco pula naik RM20 per kilogram. Sementara produk beralkohol pula akan naik sebanyak 10%.

Penguatkuasaan ini diperincikan akan dilaksanakan mulai 1 November 2025 bagi memastikan tahap kesihatan masyarakat negara terpelihara dan akses yang lebih terhad membantu semua pihak meningkatkan kualiti hidup mereka. Lebih menarik, hasil tambahan itu, akan diagihkan kepada Insiatif Kesihatan Paru-Paru KKM untuk membantu menyokong kos rawatan diabetes dan penyakit jantung.