Tidak hanya melaksanakan pembayaran bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) lebih awal tetapi kerajaan Malaysia kini turut mengumumkan akan memberi 50% diskaun bayaran tol selama 2 hari kepada penduduk negara bersempena sambutan Deepavali.
Usaha ini sekaligus meningkatkan lagi kapasiti penjimatan kepada rakyat negara, khususnya kos perjalanan ketika percutian.
Setakat ini tiada perincian lanjut akan tarikh yang terlibat, MOF menjelaskan perihal pengumuman itu akan dilaksanakan oleh kementerian yang terlibat tidak lama lagi.