Artikel

88.6% Rakyat Malaysia Kini Dilaporkan Aktif Membaca

Ternyata sekitar 88.6% rakyat Malaysia didapati aktif membaca pada pasaran semasa. Perihal ini dilihat selari dengan purata 24 buku dibaca oleh rakyat dalam tempoh setahun. Jumlah itu meliatkan 16 buku fizikal dan 8 buku di baca secara atas talian.

Data yang dikongsikan Menteri Perpaduan Negara Datuk Aaron Ago Dagang berlandaskan Kajian Profil Membaca ini menjelaskan peningkatan membaca kalangan masyarakat Malaysia semakin membrangsangkan. Peningkatan itu jelas laporan, didorong hasil capaian bahan bacaan yang semakin meluas di pasaran Malaysia, ini termasuklah akses bahan bacaan digital.

Mengikut data platform digital sehenti u-Pustaka di bawah Perpustakaan Negara Malaysia (PNM), lebih 1 juta bahan bacaan digital kini diberi akses secara percuma kepada rakyat negara. Meliputi 1.01 juta judul koleksi digital direkodkan melibatkan bahan seperti e-buku, e-akhbar, buku audit, pembelajaran digital dan e-jurnal. Medium ini turut menawarkan 22 pangkalan data digital seperti MyGuru, Overdrive, Alkem Digital Library, Mason Crest, Emerald eBook,JGate dan Odilo.