Artikel

F&N Jual Tanah RM180 Juta – Untuk Pacu Segmen Ladang Tenusu

Bagi memacu operasi ladang tenusu bersepadu, Fraser & Neave Holdings (F&N) kini memaklumkan langkah strategik dengan penjualan 50% kepentingannya pada syarikat Vacaron. Penjualan ini untuk makluman melibatkan tanah utama berkeluasan 5.149 hektar di Petaling Jaya dengan nilai RM180.35 juta.

Dana ini menurut laporan akan menyokong perkembangan segmen ladang tenusu di Gemas – yang dilihat menjadi segmen perniagaan baharu kumpulan dalam meningkatkan pertumbuhan di masa hadapan. Biarpun memiliki potensi yang luas, risiko kekal tersedia pada pelaksanaan ladang tenusu tersebut. Maka dengan pengukuhan dana, ia akan memberi jaminan yang lebih baik pada lanjutan operasinya.

Secara menyeluruh, proses jualan ini dijangka akan dimuktamadkan sepenuhnya pada suku ketiga 2027 kelak. Dengan jangkaan itu, F&N berpotensi raih keuntungan bersih hasil pelupusan aset sekitar RM83.2 juta.