Artikel

Jurang Pendapatan Malaysia Terus Mengecil – Jadi Rekod Terendah Sejak 1974

Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) minggu ini telah berkongsikan satu data yang positif – yang mana jurang pendapatan di Malaysia dilihat semakin mengecil, iaitu capai rekod terendah dalam tempoh 50 tahun setakat tahun 2024. Pengukuran ini didasari akan rekod Pekali Gini yang bertindak sebagai petunjuk utama kepada penilaian ketidaksamarataan pendapatan di Malaysia dengan catatan 0.390 mata.

Buat pengetahuan umum nilai 0 mewakili pengagihan pendapatan yang sama rata iaitu setiap ahli isi rumah di Malaysia memiliki pendapatan yang sama. Sementara nilai 1 pula mewakili pengagihan pendapatan yang tidak sama rata menunjukkan hanya seorang ahli kalangan isi rumah yang memiliki pendapatan lebih tinggi. 

Dengan pemaparan data ini, secara umumnya jurang pendapatan di Malaysia semakin mengecil berbanding 50 tahun lalu iaitu pada 1974 dengan ukuran Pekali Gini sekitar 0.530 mata. 

Walaupun terdapatnya pengurangan dalam ketidaksamarataan pendapatan di Malaysia, DOSM menjelaskan jurang tersebut kekal tinggi apabila mengfokuskan kepada penduduk bandar dan luar bandar. Secara purata isi rumah bandar haya miliki 50% daripada pendapatan isi rumah bandar dengan pendapatan penengah RM4,588 berbanding RM8,139 isi rumah bandar.

Isu jurang pendapatan ini turut dilihat kekal berlaku kalangan taburan etnik – di mana isi rumah Cina kekal dengan pendapatan penengah tertinggi iaitu RM8,933, Bumiputera (RM7,964) dan India (RM6,555). Data turut merumuskan sekitar 21.4% Bumiputera sahaja meraih pendapatan antara RM4,000 sehingga RM5,999 sebulan. Jumlah yang sama turut diraih 14.8% isi rumah Cina dan India (17.4%). Situasi ini antaranya didorong akan perbezaan akses pendidikan, kesihatandan kemahiran yang terus jadi cabaran buat sebahagian penduduk Malaysia. 

Maka keseimbangan yang lebih mendalam wajar dilaksanakan untuk memastikan jurang pendapatan di kawasan luar bandar dan bandar serta etnik dapat ditambahbaik pada pasaran hadapan.