Untuk meraih pengukuran kemiskinan yang setimpal dengan perkembangan ekonomi semasa – Malaysia kini telah menyemak Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) menerusi tinjauan Survei Pendapatan, Perbelanjaan Isi Rumah dan Kemudahan Asas (HIES & BA) 2024.
Berlandaskan tindakan itu data DOSM kini menunjukkan, nilai purata PGK terbaharu kini telah meningkat kepada RM2,705 berbanding RM2,589 pada 2022. Manakala paras purata miskin tegar pula meningkat kepada RM1,236 berbanding RM1,198 (2022).
Peningkatan paras tersebut bukanlah bermakna akan lebih ramai rakyat dikategorikan sebagai miskin tetapi ini menunjukkan pengukuran kemiskinan di Malaysia lebih realistik dan mencerminkan kedudukan kos sara hidup sebenar yang didepani rakyat negara – khususnya melibatkan kos keperluan asas dan taraf hidup semasa.
Dengan perluasan itu ini bermakna liputan golongan yang layak meraih bantuan turut akan meningkat dan lebih menyeluruh.

Miskin Tegar merujuk kepada isi rumah yang berada dalam kategori berpendapatan di bawah PGK Makanan. Ini kerana kumpulan ini memiliki keupayaan minimum dalam memenuhi keperluan asas makanan.