Artikel

KPM Beri 2 Hari Cuti Tambahan Sempena Deepavali

Bersempena sambutan perayaan Deepavali 2025 pada 20 Oktober kelak, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) kini dilihat telah melaksanakan cuti tambahan pada perayaan tersebut melalui Kalendar Akademik Sesi 2025/2026.

Pertambahan 2 hari cuti ini dilaksanakan melibatkan dua kumpulan negeri iaitu A – sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu, dijelaskan akan bercuti pada 19 Oktober 2025 (Ahad) dan 21 Oktober 2025 (Selasa). 

Sementara kumpulan B – sekolah di Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, Wilayah Persekutuan KL, Labuan dan Putrajaya pula akan menerima cuti pada 21 Oktober 2025 (Selasa) dan 22 Oktober (Rabu). Sementara negeri Sarawak sahaja yang kekal bercuti pada 20 Oktober 2025 (Isnin).

Melalui pelarasan ini, sekaligus tidak hanya memberi ruang kepada para pelajar untuk merai perayaan dengan lancar namun turut memudahkan kumpulan ibu bapa merancang perjalanan percutian mereka dengan lebih baik.