Mulai Oktober 2026, pengguna kenderaan di Malaysia dapat mengakses sistem eBaki, yang ketika ini sedang dibangunkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) – eBaki iaitu sebuah sistem yang menjual nombor pendaftaran kenderaan berbaki dan yang telah tamat tempoh di pasaran negara.
Buat pengetahuan umum, setakat 2024 terdapat sekitar 375,792 nombor plat yang tamat tempoh atau tidak aktif didapati belum dijual. Dan sekiranya nombor plat ini dapat dijual pada harga minimum RM300 maka ini boleh memberi nilai tambah kepada hasil JPJ sekurangnya sekitar RM112.73 juta.
Makluman ini dikongsikan pada dapatan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) yang diterbitkan hari ini akan tindak balas JPJ berhubung isu nombor plat yang tidak terjual. Ketika ini, pembangunan sistem tersebut adalah diperingkat System Requirement Studies (SRS) dan dijangka dapat diakses pada Oktober tahun hadapan.
