Berkuatkuasa 1 Oktober 2025 (hari ini), Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini memaklumkan MyDigital ID akan dijadikan sebagai log masuk tunggal buat warganegara Malaysia yang menggunakan aplikasi MyBayar PDRM.
Pelarasan ini adalah sebahagian inisiatif negara dalam menjadikan akses log masuk lebih seragam, mudah dan selamat untuk memasuki pelbagai perkhidmatan melalui satu kata laluan.
Dengan makluman ini, ia sekaligus menggalakkan lebih ramai rakyat Malaysia mendaftar kad pengenalan digital di pasaran semasa selari dengan matlamat kerajaan untuk meraih 15 juta rakyat Malaysia memiliki MyDigital ID pada tahun ini. Setakat ini selain PDRM, terdapat 35 sistem aplikasi telah diintegrasi bersama MyDigital ID.