Menyedari cara bekerja era ini tidak sekadar meletakkan beban tugasan pekerjaan pada waktu bekerja sahaja – tidak lama lagi kerajaan Malaysia akan perkenal Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di pasaran semasa, bagi melindungi kumpulan pekerja yang bertugas di luar waktu pejabat.
Pengenalan akses ini mengikut laporan dikongsikan ketika sidang Forum Keselamatan Sosial Dunia 2025 di mana ia dicadangkan diperluas menjadi skim perlindungan sepanjang masa, dengan mengiktiraf bahawa kemalangan dan kecederaan tidak mengikut jadual waktu juga adalah hak pekerja Malaysia.
Setakat ini, antara akses perlindungan yang tersedia di pasaran negara ialah Skim Bencana Pekerjaan dan Skim Keilatan di bawah Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, yang memberi pelindungan buat pekerja ketika waktu bekerja. Maka dengan perluasan akses itu, ia tidak sekadar mengukuhkan ekosistem perlindungan sosial tetapi turut memenuhi hak pekerja dalam meraih pampasan setimpal dengan peranan mereka dalam sesebuah organisasi.