Whoscall, aplikasi anti-scam yang dibangunkan oleh Gogolook minggu ini memaklumkan penjenamaan semula di peringkat global termasuk di pasaran Malaysia – dengan meletakkan individu serta komuniti sebagai teras utama bagi memperkasa diri dan memperkukuh perlindungan bersama.

Berlandaskan komitmen itu, Whoscall memaklumkan pada suku keempat 2025 ini pihaknya akan perkenalkan sistem ganjaran dan misi kepada para pengguna – di mana sistem ini akan memberi ganjaran kepada setiap pengguna yang melaksanakan laporan dan pengesahan aktiviti yang mencurigakan pada aplikasi Whoscall. Tindakan ini tidak sekadar mengalakkan tahap kesedaran semua pihak tapi turut memupuk tindakan pada saluran yang tepat bersama pihak berkuasa.
Untuk pengetahuan umum, sejak pengenalan 2010 – Whoscall telah menyekat lebih 660 juta panggilan scam, menapis 1.8 bilion mesej scam, mengesan 30 juta laman sesawang scam, serta mengumpul lebih daripada 135 juta laporan scam daripada 9.5 juta individu di 57 buah negara.