Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) kini menguatkuasakan Garis Panduan Bursa Sosial pada pasaran negara – yang akan membuka ruang untuk penubuhan bursa sosial pertama di Malaysia. Platform ini direka khas untuk memudahkan pengumpulan dana bagi projek yang membawa impak sosial.
Bursa Sosial untuk makluman merupakan medium pengumpulan dana khusus bagi menangani keperluan kumpulan yang kurang bernasib baik. Aturan ini difahamkan akan melibatkan hasil sosial bersama modal swasta dan pelabur. Antaranya akan bertindak merapatkan jurang pembiayaan bagi segmen perniagaan sosial termasuklah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Adanya garis panduan ini ia akan memberi penjelasan terperinci kepada pengendali platform bursa sosial dan juga NPO. Ini termasuk syarat kelayakan, pendedahan maklumat, dan pelaporan mandatori. Semua ini bertujuan untuk memberi jaminan kepada penderma bahawa dana yang disumbangkan digunakan dengan betul dan mencapai hasil yang diinginkan.
Jelas SC permohonan untuk mengendalikan bursa sosial tersebut kini telah dibuka sejak 19 September 2025. NPO yang berminat digalakkan untuk meneliti garis panduan ini bagi memahami dan bersedia untuk penyertaan.