Artikel

Brunei Akan Keluarkan Wang Kertas Baharu Pada 2026 – Ganti Istilah ‘Ringgit’ Kepada ‘Dolar Brunei’

Bermula separuh pertama 2026, Brunei akan mula mengeluarkan edisi wang kertas baharu pada pasaran mereka. Pelancaran siri baharu ini antaranya akan perlihatkan tindakan menggantikan istilah Ringgit kepada Dolar Brunei bagi semua denominasi – BND1, BND5, BND10, BND100 dan BND100.

Langkah kemaskini itu secara langsung akan bertindak mengukuhkan lagi identiti nasional Brunei pada paparan wang kertas negara. Selain tindakan itu, edisi baharu ini turut akan perlihatkan penambahbaikan pada ciri keselamatan not untuk mengelakkan berlakunya aktiviti pemalsuan.

Lebih menarik dengan not baharu ini, Brunei turut sertakan ciri DOMINO iaitu ciri titik timbul bagi membantu Orang Kurang Upaya Penglihatan menggunakan mata wang tersebut dengan lebih mudah, yakin dan berdikari.