Pemandu khidmat seru-pandu (e-hailing) di Malaysia kini dilihat boleh menarik nafas lega. Susulan kerajaan telah mengumumkan bahawa mereka akan diberi pengecualian daripada had kelayakan bulanan 300 liter untuk subsidi petrol RON95 dan boleh memohon kuota tambahan. Pengumuman ini dibuat bagi memastikan golongan pemandu e-hailing tidak terjejas dengan pelaksanaan subsidi bersasar yang akan datang.
Seperti yang sedia maklum, setiap warganegara Malaysia yang mempunyai lesen memandu yang sah, layak untuk menerima subsidi petrol RON95 dengan had kelayakan sehingga 300 liter sebulan. Jumlah ini dianggap mencukupi untuk penggunaan kenderaan peribadi harian.
Namun, tidak bagi pemandu seru-pandu, kenderaan mereka bukan sekadar alat pengangkutan peribadi, tetapi merupakan sumber pendapatan utama. Oleh itu, jarak perjalanan mereka jauh lebih tinggi berbanding pengguna biasa, menyebabkan penggunaan petrol melebihi had 300 liter. Maka dengan kemudahan ini, semua pemandu seru-pandu disarankan untuk laksana permohonan kuota tambahan dan merujuk pada penyedia platform masing-masing bagi meraih akses subsidi RON95 yang lebih tinggi.