Artikel

Indeks Kebahagiaan Papar Rakyat Malaysia Kini Dalam Kategori Bahagia – DOSM

Indeks Kebahagiaan Rakyat Malaysia (MHI) 2024 kini menunjukkan skor keseluruhan 7.60 mata – data ini sekaligus menempatkan rakyat Malaysia dalam kategori Bahagia. 

Dapatan di bawah Jabatan Perangkaan (DOSM) ini secara jelas menunjukkan semua aspek dalam kehidupan rakyat Malaysia melepasi tahap Bahagia dan Sangat Bahagia. Antaranya faktor Keagamaan dan Kerohanian (8.69), Keluarga (8.64), Penggunaan Masa (7.82), Pendidikan (7.81), Kesihatan (7.79), Perumahan dan Alam Sekitar (7.67) dan Persekitaran Kerja (7.58).

Sementara mengikut taburan jantina pula, rakyat Malaysia wanita dilihat lebih bahagia berbanding lelaki dengan wanita mencatatkan rekod 7.62 skor manakala lelaki pula 7.57 skor.

Selain itu taburan mengikut negeri pula menunjukkan terdapat 3 negeri mencatatkan skor Sangat Bahagia iaitu Terengganu (8.64), Johor (8.08) dan Negeri Sembilan (8.01). Negeri lain pula semua kekal di paras kategori Bahagia.