Artikel

Semua Penumpang Kereta Kelak Wajib Pakai Tali Pinggang Keledar – Jika Tidak Berdepan Saman RM300

Sekiranya sebelum ini hanya pemandu dan penumpang bas dikenakan tindakan tidak memakai tali pinggang keledartidak lama lagi, penguatkuasaan itu akan diperluaskan ke atas semua penumpang kereta. 

Perihal ini dimaklumkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) pada pengenalan kempen Klik Sebelum Gerak semalam (11 September). Biarpun tidak mendedahkan sebarang garis masa akan pelaksanaan penguatkuasaan tersebut. Semua penumpang kereta diminta untuk mula mengamalkan pemakaian alat keselamatan tersebut.

Ini kerana, kegagalan mengikuti pematuhan tersebut berupaya membawa kepada pengenaan denda berjumlah sehingga RM300 selari dengan Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Tali Pinggang Keledar dan Sistem Kekangan Kanak-Kanak) 1978 (pindaan 2019). Setakat ini, tiada penguatkuasaan rasmi diumumkan, namun tindakan advokasi telah mula dijalankan untuk memastikan setiap penumpang memahami akan kepentingan keperluan pemakaian tali pinggang tersebut. Adanya pendekatan itu, dijangka risiko kemalangan akan menjadi rendah berikutan kadar pematuhan keselamatan meningkat di Malaysia.